Review: Bil Elektrik Turun 40% Selepas Pakai Aircond LG Dual Inverter

Bil eletrik 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻 𝟰𝟬% selepas pakai 𝗮𝗶𝗿𝗰𝗼𝗻𝗱 𝗟𝗚 𝗱𝘂𝗮𝗹 𝗶𝗻𝘃𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿. Ini adalah real testimoni dari client sendiri.

————————-

Sebelum ini kami pakai aircond 1.5hp single inverter di rumah, pasang dalam bilik. Keluarga kami kecil saja, rumah pun teres 1-storey. Mostly ON aircond pada waktu malam dalam 8-10 jam setiap hari, kecuali weekend, ada juga ON waktu siang, kalau kami tak keluar berjalan ke mana-mana. Suhu biasanya ditetapkan pada 25 degree dan medium fan.

Bil May – September 2024
(Sebelum pakai aircond LG dual inverter)

Bil sebelum ini, menggunakan aircond single inverter 1.5hp pun tidaklah terlalu tinggi. Purata 4 bulan sebelum pasang aircond LG itu dalam RM116 setiap bulan. (Rujuk gambar di bawah)

Bil September – Oktober 2024
(Selepas pakai aircond LG 1.5HP dual inverter)

Aircond LG 1.5hp dual inverter mula dipasang pada 02Sep24. Pasang dalam bilik kami dan aircond 1.5hp single inverter itu dipindah ke bilik satu lagi untuk keselesaan tetamu bila datang ke rumah.

Bill cycle TNB rumah kami adalah 15hb ke 14hb bulan berikutnya. Jadi, untuk bulan September, dari 15Aug-01Sep masih pakai aircond 1.5hp single inverter dan mula pakai aircond LG 1.5hp dual inverter itu dari 02Sep – 14Sep (12/13 hari). Bil sudah nampak penurunan sebanyak 20% dari bil purata.

Mulanya macam tak percaya ada penurunan. Kami pun nak try tengok bil bulan depan pula iaitu bil bulan Oktober. Penggunaan masih sama, tiada apa yang berubah.

Dapat je bil bulan Oktober, wow! Penurunan ketara, dari purata RM116 ke RM69. Penurunan sebanyak 40% selepas bertukar pakai aircond LG 1.5hp dual inverter ini. (Rujuk gambar di bawah)

(Bil bulan May 2024 – Okt 2024)

Yelah, bila fikir semula, ‘berdua’ lebih baik dari single kan?! (Orang single jangan marah 😁)

2 motor inverter memberi lebih kecekapan tenaga dari 1 motor inverter. Kalau tiada inverter, mungkin lagi parah. Tapi, ini bil TNB di rumah kami. Di rumah anda mungkin berbeza. Jangan percaya selagi anda tak mengalaminya sendiri.

Bil Januari – Jun 2025

Baru-baru ini, kami check semula rekod bil TNB untuk separuh tahun 2025, iaitu dari bulan Januari sehingga Jun (rujuk gambar di bawah).

(Bil bulan Jan – Jun 2025)

Purata bil antara RM60 – RM80 setiap bulan, kecuali pada bulan Mac, kerana anak kurang sihat dan pada masa itu sudah mula masuk musim panas, di mana penggunaan aircond adalah lebih kerap di waktu siang sehingga malam. Bil menjadi agak tinggi, tetapi masih tidak melebihi purata bil semasa menggunakan aircond single inverter.

Data kWh (tambahan)

Ada yang request minta tunjuk rekod penggunaan kuasa elektrik (kWh) untuk aircond LG yang digunakan, pada setiap bulan. Memandangkan barangan LG boleh monitor energy usage melalui aplikasi LG ThinQ di smartphone, jadi data kWh itu ada. Sila rujuk di bawah:

Purata kWh untuk 4 bulan di tahun 2024 adalah 53.36kWh, manakala 6 bulan di tahun 2025 adalah 64.68kWh.

Sekarang, mari kita kira pula kos bil TNB (kalkulator bil TNB). Kita ambil kiraan kos dari blok 201-300 kWh, di mana blok 200 kWh dan ke bawah, kita reserve untuk lain-lain barangan elektrik ringan tetapi kerap digunakan seperti lampu, kipas, peti sejuk, mesin basuh, TV dan lain-lain.

Jadi, jika kiraan adalah berdasarkan blok 201-300 kWh, caj per kWh adalah RM0.334/kWh (sebelum tarif baru 01 Julai 2025), maka:

  • purata Sept – Dec 2024:
    53.36kWh x RM0.334 = RM17.82
  • purata Jan – Jun 2025:
    64.68kWh x RM0.334 = RM21.60

Anda boleh nilai sendiri sama ada bertukar ke aircond LG dual inverter adalah menjimatkan atau tidak. Pada kami, ia menjimatkan!

Kesimpulan:

Aircond yang mempunyai sistem inverter memang menjimatkan elektrik, tetapi dengan sistem dual inverter (2 motor inverter) dari LG, penggunaan elektrik menjadi lebih jimat. Jadi, jika anda mahu pakai aircond di rumah, tanpa kerisauan bil TNB tidak terlalu tinggi, aircond LG dual inverter adalah pilihan terbaik! Ada pilihan 1hp, 1.5hp, 2hp atau 2.5hp dan boleh bayar secara ansuran bulanan (RM80 – RM140).

Hubungi agent berdekatan atau isikan borang order yang disediakan di bawah ini untuk membuat pembelian dan tempahan pemasangan di rumah anda.

Share the Post:

Related Posts

error: Content is protected !!